Friday, 27 September 2013

INKUBATOR TELUR AYAM


Mesin Tetas Telur (Inkubator) yang saya gunakan untuk "mengeramkan" telur-telur ayam. Adakalanya terpaksa juga gunakan mesin ini bagi memastikan telur-telur ayam selamat daripada hama (kahau) di reban, mengeramkan telur-telur yang ditinggalkan awal oleh induknya, telur yang "ditabur" merata-rata oleh indung-indung bermasalah dan sebagainyalah.




Setiap telur di atas akan dituliskan dengan tarikh masuk dan tarikh menetas sebelum di masukkan ke dalam inkubator. Tujuannya, untuk memudahkan saya menyemak dan menyelenggara telur-telur tersebut.

BEBERAPA BIJI TELUR AYAM TELAH MENETAS
Lebih awal daripada jadual yang dijangkakan...

Tarikh telur dimasukkan: 26 September 2013
Tarikh mula menetas: 11 Oktober 2013 (Jumaat)





Telur-telur yang lain masih dalam proses "pengeraman" dalam mesin inkubator. Diharapkan jumlah telur yang menetas lebih banyak daripada telur yang berkemungkinan rosak.

No comments:

Post a Comment

Ayat Copyright anda di sini