Saturday, 14 September 2013

MUKADIMAH

Hari ini, 14 September 2013, bersamaan pada hari Sabtu saya memulakan karier saya dalam dunia blog. Sudah lama juga minat ni terpendam untuk memiliki blog sendiri tetapi selalu terhalang disebabkan oleh kekangan masa dan faktor "kesibukan" yang lain. Setelah berfikir panjang, saya rasa perlu juga ada blog sendiri untuk tujuan yang bermanfaat seperti berkongsi minat, hobi, pengalaman, kemahiran, dan sebagainya. Dalam hal ini, sebagai pembuka bicara, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya dalam ruang blog ini nanti secara tidak sengaja "menyinggung" perasaan individu-individu atau pihak-pihak tertentu. Walaupun demikian, dalam masa yang sama, saya berharap kepada setiap individu yang menyertai blog ini akan sentiasa mengelakkan hal-hal yang menyentuh sensitivy pihak yang lain. Selain itu, pihak admin blog ini juga sama sekali tidak akan bertanggung jawab ke atas komen-komen atau pandangan individu-individu tertentu atau "pihak luar" yang tidak bertanggungjawab. 

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Ayat Copyright anda di sini