Semasa tinjau-tinjau di kawasan reban, terjumpa pula telur ayam yang kecil ni. Ada orang yang cakap telur ni adalah telur ayam jantan. Tapi susah juga nak sahihkan maklumat ni sebab tiada bukti atau fakta kukuh.
Tapi, kalau ada sesiapa yang pernah ternampak ayam jantan mengeluarkan telur seperti ini, mungkin boleh disahihkan maklumat ni.
![Mari kita "share-share keminatan" urang-urang Sook bah...](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxGxqTZ61OLTq0AH-Buv41Jt9fA3xbIOsu9aSI_oDe0gtuPtadrw7DleawtmV616HddVDs-rjP_klFbkMzWfMNlp1C-j1vI4KrmTPnnjrWxipPu1tB1ym_oSnsvuxMjzc9u2wak2KSnyI8/s940/Header01.jpg)
Setiap orang ada hobi masing-masing. Ada yang minat menternak, bertani, memancing, dan macam-macam lagi. Saya pula lebih berminat dalam bab ayam-ayam "starring" dan ayam perhiasan. Tapi, tidak salah juga bah kan kalau terselit sikit cerita-cerita bermanfaat yang lain bah kan! Apa-apahal pun, terima kasih sebab melayari blog ini untuk berkongsi minat, pengalaman, pandangan, dan apa-apa ja la... yang penting bukan untuk tujuan "menggalakkan judi".
Friday, 27 September 2013
INKUBATOR TELUR AYAM
Mesin Tetas Telur (Inkubator) yang saya gunakan untuk "mengeramkan" telur-telur ayam. Adakalanya terpaksa juga gunakan mesin ini bagi memastikan telur-telur ayam selamat daripada hama (kahau) di reban, mengeramkan telur-telur yang ditinggalkan awal oleh induknya, telur yang "ditabur" merata-rata oleh indung-indung bermasalah dan sebagainyalah.
Setiap telur di atas akan dituliskan dengan tarikh masuk dan tarikh menetas sebelum di masukkan ke dalam inkubator. Tujuannya, untuk memudahkan saya menyemak dan menyelenggara telur-telur tersebut.
BEBERAPA BIJI TELUR AYAM TELAH MENETAS
Lebih awal daripada jadual yang dijangkakan...
Tarikh telur dimasukkan: 26 September 2013
Tarikh mula menetas: 11 Oktober 2013 (Jumaat)
Telur-telur yang lain masih dalam proses "pengeraman" dalam mesin inkubator. Diharapkan jumlah telur yang menetas lebih banyak daripada telur yang berkemungkinan rosak.
Tuesday, 24 September 2013
ANAK AYAM DALAM KONTENA
KUMPULAN 001
Tarikh menetas: 15 September 2013 (Ahad)
Baka: Kacukan Local + Bangkok + Burma
Bilangan Anak Ayam: 16 ekor.
Empat gambar di atas: Diambil pada 24 Sept. 2013
- Anak-anak ayam akan dibiarkan selama sebulan (dari tarikh menetas) di dalam kontena bagi memastikan semua anak ayam hidup sihat.
- Anak-anak ayam akan diberi makan baja permulaan (Baja 201).
- Minuman anak ayam juga dicampurkan dengan VITA STRESS bagi mencegah masalah "stress" selama seminggu.
- Lampu 25 Watt digunakan untuk memastikan anak ayam mendapat haba yang sesuai pada waktu malam dan ketika cuaca sejuk.
KUMPULAN 002
Tarikh menetas: 1 Oktober 2013 (Selasa)
Baka: Kacukan Local + Bangkok + Burma
Bilangan Anak Ayam: 7 ekor.Saturday, 14 September 2013
Ayam Burma - Original Imported
Ayam Burma Ori
(Original Imported)
Kod Pembaka: B001
Status: Salah satu pembaka utama (Bukan untuk dijual)
Ayam Bangkok - Local Breeding
Ayam Bangkok
Pembaka Kod PB001
Permainan: Ketip Body dan Lock, ayam jenis batang kaki (main pukul)
Umur: Genap setahun (pada bulan September, 2013).
Status: Waris Pembaka (Bukan untuk dijual)
Video: ...akan diupload kemudian...
Dead - Mac 2014
MUKADIMAH
Hari ini, 14 September 2013, bersamaan pada hari Sabtu saya memulakan karier saya dalam dunia blog. Sudah lama juga minat ni terpendam untuk memiliki blog sendiri tetapi selalu terhalang disebabkan oleh kekangan masa dan faktor "kesibukan" yang lain. Setelah berfikir panjang, saya rasa perlu juga ada blog sendiri untuk tujuan yang bermanfaat seperti berkongsi minat, hobi, pengalaman, kemahiran, dan sebagainya. Dalam hal ini, sebagai pembuka bicara, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya dalam ruang blog ini nanti secara tidak sengaja "menyinggung" perasaan individu-individu atau pihak-pihak tertentu. Walaupun demikian, dalam masa yang sama, saya berharap kepada setiap individu yang menyertai blog ini akan sentiasa mengelakkan hal-hal yang menyentuh sensitivy pihak yang lain. Selain itu, pihak admin blog ini juga sama sekali tidak akan bertanggung jawab ke atas komen-komen atau pandangan individu-individu tertentu atau "pihak luar" yang tidak bertanggungjawab.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)