Tuesday, 1 October 2013

CIRI-CIRI ANAK AYAM YANG SIHAT

Berikut adalah beberapa ciri anak ayam yang sihat berdasarkan pemerhatian secara umum dari luar.


  1. Bebas dari penyakit (free disease) terutama penyakit pullorum, omphalitis, dan kulat atau bercendawan.

Gambar 1: Pullorum (Berak Kapur)

Gambar 2: Penyakit omphalitis
Sumber: vipath.blogspot.com
  1. Anak  ayam kelihatan aktif, mata cerah dan lincah.
  2. Kaki besar dan basah seperti berminyak.
  3. Bulu cerah, tidak kusam, dan penuh.
  4. Anus (dubur) bersih; tidak ada kotoran atau pasta putih.
  5. Kaedaan tubuh yang normal.
  6. Berat badan disesuaikan dengan standard setiap strain ayam.

Nota Ver. 1

Friday, 27 September 2013

TELUR AYAM JANTAN...!!!

Semasa tinjau-tinjau di kawasan reban, terjumpa pula telur ayam yang kecil ni. Ada orang yang cakap telur ni adalah telur ayam jantan. Tapi susah juga nak sahihkan maklumat ni sebab tiada bukti atau fakta kukuh.




Tapi, kalau ada sesiapa yang pernah ternampak ayam jantan mengeluarkan telur seperti ini, mungkin boleh disahihkan maklumat ni.

INKUBATOR TELUR AYAM


Mesin Tetas Telur (Inkubator) yang saya gunakan untuk "mengeramkan" telur-telur ayam. Adakalanya terpaksa juga gunakan mesin ini bagi memastikan telur-telur ayam selamat daripada hama (kahau) di reban, mengeramkan telur-telur yang ditinggalkan awal oleh induknya, telur yang "ditabur" merata-rata oleh indung-indung bermasalah dan sebagainyalah.




Setiap telur di atas akan dituliskan dengan tarikh masuk dan tarikh menetas sebelum di masukkan ke dalam inkubator. Tujuannya, untuk memudahkan saya menyemak dan menyelenggara telur-telur tersebut.

BEBERAPA BIJI TELUR AYAM TELAH MENETAS
Lebih awal daripada jadual yang dijangkakan...

Tarikh telur dimasukkan: 26 September 2013
Tarikh mula menetas: 11 Oktober 2013 (Jumaat)





Telur-telur yang lain masih dalam proses "pengeraman" dalam mesin inkubator. Diharapkan jumlah telur yang menetas lebih banyak daripada telur yang berkemungkinan rosak.

Tuesday, 24 September 2013

ANAK AYAM DALAM KONTENA

KUMPULAN 001
Tarikh menetas: 15 September 2013 (Ahad)
Baka: Kacukan Local + Bangkok + Burma
Bilangan Anak Ayam: 16 ekor.







Empat gambar di atas: Diambil pada 24 Sept. 2013

Keterangan:
  • Anak-anak ayam akan dibiarkan selama sebulan (dari tarikh menetas) di dalam kontena bagi memastikan semua anak ayam hidup sihat.
  • Anak-anak ayam akan diberi makan baja permulaan (Baja 201).
  • Minuman anak ayam juga dicampurkan dengan VITA STRESS bagi mencegah masalah "stress" selama seminggu.
  • Lampu 25 Watt digunakan untuk memastikan anak ayam mendapat haba yang sesuai pada waktu malam dan ketika cuaca sejuk.

KUMPULAN 002
Tarikh menetas: 1 Oktober 2013 (Selasa)
Baka: Kacukan Local + Bangkok + Burma
Bilangan Anak Ayam: 7 ekor.









Saturday, 14 September 2013

Ayam Burma - Original Imported


Ayam Burma Ori
(Original Imported)
Kod Pembaka: B001
Status: Salah satu pembaka utama (Bukan untuk dijual)

Ayam Bangkok - Local Breeding


Ayam Bangkok
Pembaka Kod PB001
Permainan: Ketip Body dan Lock, ayam jenis batang kaki (main pukul)
Umur: Genap setahun (pada bulan September, 2013).
Status: Waris Pembaka (Bukan untuk dijual)
Video: ...akan diupload kemudian...
Dead - Mac 2014


MUKADIMAH

Hari ini, 14 September 2013, bersamaan pada hari Sabtu saya memulakan karier saya dalam dunia blog. Sudah lama juga minat ni terpendam untuk memiliki blog sendiri tetapi selalu terhalang disebabkan oleh kekangan masa dan faktor "kesibukan" yang lain. Setelah berfikir panjang, saya rasa perlu juga ada blog sendiri untuk tujuan yang bermanfaat seperti berkongsi minat, hobi, pengalaman, kemahiran, dan sebagainya. Dalam hal ini, sebagai pembuka bicara, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya dalam ruang blog ini nanti secara tidak sengaja "menyinggung" perasaan individu-individu atau pihak-pihak tertentu. Walaupun demikian, dalam masa yang sama, saya berharap kepada setiap individu yang menyertai blog ini akan sentiasa mengelakkan hal-hal yang menyentuh sensitivy pihak yang lain. Selain itu, pihak admin blog ini juga sama sekali tidak akan bertanggung jawab ke atas komen-komen atau pandangan individu-individu tertentu atau "pihak luar" yang tidak bertanggungjawab. 

Terima kasih.
Ayat Copyright anda di sini